Sunday, September 13, 2009

Dia Prioritiku...

Mohd. Azri Misnan..
pertemuan bermula di dalam kelas. Pada minggu pertama aku masuk ke UiTM Segamat ni, aku langsung tidak menyedari kewujudan Azri. Hm, di mana dia ek? Huhu, kemudian bermula kuliah, aku pun mula nampak kehadiran Azri... Tetapi aku agak pelik, mamat ni pendiam nya la yang amat.. ada emas ke dalam mulut dia? Huhu.. aku sekadar memerhati dia dari jauh saja. Tidak berani pulak nak tegur. Almaklumlah I kan pemalu?
Permulaan semester adalah waktu yang paling aku benci sebenarnya.. mana tak, macam2 aktiviti yang memenatkan dan mencabar terpaksa di join. Hm, namun aktiviti ni lah yang membawa aku dekat dengan Azri sebenarnya. Sewaktu Diim menganjurkan orentasi kolej, aku rasa aku orang yang paling benci tuk menyertainya. (sebenarnya part 1 memang kena orentasi punya).. dalam aktiviti itu, aku telah dibuli senior aku supaya menyanyi opera cina.. dan aku tak sangka yang kelakuan aku itu telah menarik Azri untuk mula berbalas mesej dengan aku...
Teng..teng..teng...teng...teng...teng... itulah ayat pertama yang di hantar pada aku.. aku masih ingat.. ketika itu aku berada di blok SL..sedang menunggu giliran untuk menyanyi di AGM Brass Band..(biasalah dak part 1, tak sudah2 dibuli). Mulanya aku malas nak layan, tetapi, sakit hati punya pasal, aku pun balas lah mesej Azri tu.. hm, dari situ, aku pun mulalah berkawan dengan Azri... tetapi, yang peliknya, di dalam kelas tak pulak kami berborak.. pandang pun jarang2. Masing2 bawa haluan masing2.
Persahabatan yang aku hulurkan pada Azri adalah ikhlas. Aku tak ramai kawan baik lelaki. Aku tidak tahu kenapa aku boleh meluahkan rasa hati aku mengenai Razif pada dia walaupun pada masa tu belum sampai setahun persahabatan kami. Azri lain dari lelaki yang aku kenal. Dia pendengar yang baik. Dia tak jemu melayan kerenah aku walaupun kadang kala aku sedar aku tak sepatutnya tunjukkan perangai buruk pada dia.. hm, mungkin aku selesa dengannya. Dari hari ke hari, aku dan dia semakin kerap bermesej.. aku kadang2 pelik.. tetapi yang sebenarnya, aku aku rasa lebih pelik kalau tak berbalas mesej Azri satu hari. Dia juga tak segan untuk berkongsi rasa hati dengan ku.. rahsia hati Azri yang menyimpan perasaan pada Zati.. classmate aku pun dia beritahu aku..
Aku tidak pernah sangka yang kami akan kekal bermesej sehingga sekarang. Atau, hanya aku yang tak ingin putus sahabat dengan Azri? Dia pernah mengejutkan aku dengan tangisan pada suatu malam. Masalah keluarga yang di hadapinya terlalu berat dan akhirnya aku di pilih sebagai pendengar nya. Ketika itu, hati aku semakin tertanya2.... apa sebenarnya yang sedang berlaku pada kami berdua? Adakah ini cinta? Namun, aku sering menolak detikan hati aku itu..dengan alasan yang cukup mudah; hati nya terisi perasaan cinta pada Zati. Aku juga ketika itu masih terbawa2 dengan kenangan sedih aku bersama cinta pertama aku. Aku masih menyintai dia. Walaupun telah hadir Azri sedikit demi sedikit dalam hidup aku, yang mengikis satu persatu perasaan sayang aku Razif, namun aku setia dengan penderitaan aku itu. Demi Allah, tidak terlintas langsung di fikiran ini tuk menaruh hati pada Azri..
Hari demi hari, waktu demi waktu, kami semakin rapat. Aku tak boleh tak bermesej walau satu hari dengannya(tak taulah dia). Banyak cerita, kenangan, pengalaman, perasaan, dan kegilaan kami kongsi bersama. Pada semester 3 ini, hubungan kami akhirnya bertukar. Dari persahabatan kepada percintaan..dari sayang sebagai kawan kepada sayang sebagai kekasih hati.. betapa terkejut nya aku saat dia melamar aku menjadi kekasihnya. Pelbagai persoalan menyesak di fikiran aku saat itu. Mengapa aku? Serius ke Azri ni? Mana perasaan dia pada zati dulu? Dia pasti ke dengan keputusan dia ni? Dia tak nampak ke kekurangan aku? Sejak bila Azri simpan perasaan cinta dan sayang pada aku? Tak malukah dia nanti bila orang lain tahu dia bercinta dengan orang seperti aku? Mampukah dia layan kerenah aku? Mana hilangnya minat dia pada zati? Sedangkan zati jauh lebih cantik daripada aku, kenapa aku juga yang di pilihnya?

Mungkin kerana terlalu banyak persoalan, aku menitiskan air mata. Tangisan menemani aku sewaktu dia ingin mengetahui isi hati aku. Sedang dia ingin tahu adakah aku menerima lamarannya. Pada malam itu, fikiran, hati dan perasaan aku seakan terbahagi dua. Di satu sudut, aku takut dan benci akan lamaran Azri itu. Takut! Ya! Aku takut untuk menerima kasih sayang dan cinta daripada seorang lelaki setelah apa yang aku tanggung untuk 5 tahun ni. Aku terlalu penat merawat luka yang memeritkan akibat kehilangan cinta Razif. Apakah aku terlalu bodoh untuk menjebakkan semula hati aku kapada sesuatu yang pernah membunuh aku? Yang pernah membuat kehidupan aku musnah dan kosong. Tetapi... pada satu sudut lagi, lamaran Azri itu merupakan cahaya kepada kehidupan aku. Sememangnya cinta adalah perkara yang aku harapkan. Cinta juga merupakan permintaan aku pada hari jadi aku yang ke 20 ni. Aku ingin di sayangi. Aku nak merasa seperti orang lain rasa. Bercinta dan saling sayang menyayangi. Allah maha besar. Penderitaan aku seakan terpadam, tembok yang aku bina untuk hindarkan hati ku dari terluka semula akibat lelaki runtuh serta merta saat Azri bertanya tentang isi hati aku..dan akhirnya aku jadi milik Azri. Tenang sekali...
cinta kedua sememangnya menenangkan...

Tuesday, September 8, 2009

DiAM2 jaTUh CinTA...

Diam2 berpandangan
mata bertentang mata
malu2 aku malu kau buat begitu
jeling2 kau menjeling
senyumanmu menggoda
lama2 dalam diam
aku jatuh cinta
Beginikah rasanya
sakit asmara
siang malam gelisah
ingin bersama
ku tunggu ku menanti
kata cintamu
biar senang dihati
ku di sampingmu
Jangan2 kau berpura
sembunyikan hatimu
bukan2ku tak tahu
debar di dadamu
kita saling sama cinta
tetapi malu2
diam2 jadi rindu
rindu ku padamu
Dulu malu tapi mahu
baru kini ku tahu
diam2 jatuh cinta
bersama akhirnya....

satu takdir dariNYA buatku...

Pagi itu, pabila mataku terbuka.. hati tiba-tiba jadi tak sedap.."hm kenapa ni ek?" bisik hati kecil.. selesai ke sekolah agama, aku kembali ke rumah dengan wajah yang ceria. hm, bestla... DIA ucapkan kata "saya cinta awak amira" hampir 30 kali.. huhu dah kenapa ngan mamat ni... bisik hatiku lagi.. waktu dah menunjukkan pukul 12 setengah.. hm mana ni? tiba2 telefon berbunyi.... "hello, mira, zif dah nak pergi solat ni.. mira jaga diri elok2... zif cinta mira.. mira watpe jew syg? " org nak makan nih... huhu syg kamu jugak.. tapi sikit je la.. besok saya bagi banyak eh..haha" "hm.. mira....." aku tak endahkan panggilan dia"hm apa lagi syg..dah tak nak gi solat lak kew?aku dengar keluhan dia...amat berat kemudian dia lepaskan perlahan2... "mira jaga diri ye syg.. zif betul2 cinta mira nih... sampai mati..." "ye2..."hanya itu jawapan aku.. dia diam... lama sekali... "razif...trima kasih bagi roti jala kat mira pagi td.. huhu dia ketawa kecil..bahagia! "seronok tgk syg makan.." "zif anti mira belanja zif pulak.. k?dia membisu.. "dah tak sempat syg....hmm oklah, zif nak gerak ni... mira, zif cinta mira.. syg gile kat mira..tlg jaga diri baik2 ye syg... janji cepat!" "ye2...mira janji..." "zif cinta mira sayang............ inilah sebenarnya kata2 terakhir yang sempat aku dengar dari insan bergelar kekasih.. aku tak sangka... itu merupakan hari terakhir aku mendengar suaranya.. mendengar gelak tawanya.. dan yang paling perit.. itulah hari terakhir kata cinta hadir dalam hati aku.... hati aku betul2 merintih bila aku dapat tahu dia sudah tiada..... aku tak dapat melihat wajahnya buat kali terakhir.. aku tak dapat membisikkan Yasin ketika dia terkujur kaku.. aku tak dapat iringi dia ke kubur... yang aku dapat hanyalah seribu satu kenangan.. hanya itu bekalan yang dia tinggalkan buat aku... sehingga hari ni.. aku masih ingat senyuman terakhir dia pada ku... aku ingat renungan mata dia padaku.. dan yang paling perit... aku masih rasa tangan dia erat menggengam tangan aku... sedang hari itu adalah hari pertama aku benarkan dia sentuh aku... rupanya hari tu juga hari terakhir dia menyentuh aku.. ya Allah... dugaan yang KAU beri pada ku ketika itu amat berat... bagai kau hempapkan diri aku dengan seribu gunung ganang... hari2 berikut tanpa dia adalah waktu2 paling menyakitkan yang aku tanggung... lemah... aku sangat lemah.. bagaimana aku nak teruskan hidup? ini adalah cinta pertamaku... saat tu... walaupun mata nampak apa yang ada di hadapan aku.. namun hati aku gelap.. samar.. aku hanya mampu menangis... menangis.. menangis... menangis... dan menangis... entah berapa ribu kali aku menangis...

aku tau kau sedang melihat ku.. aku mencintaimu... benarkan aku lepaskan segala kesakitan yang aku lalui selama 5 tahun ini... kau akan tetap jadi yang pertama... terima kasih razif.. kerna kau ajar aku erti cinta yang amat dalam... kau ajar aku erti rindu.. kau ajar aku erti perpisahan dengan amat jelas sekali.. dan yang terakhir... terima kasih kerna kau pulangkan hati aku yang selama ni kau genggam... mira kini bahagia zif... bersama insan yang amat memahami hati mira... yang sabar dengan kerenah mira... dan hati mira dah bersedia untuk bersatu dengan hati dia zif... mira benar2 mencintai dia... walaupun mungkin dia tak tahu sedalam mana....
razif... tenanglah kau di sana....

~cinta kali kedua menenangkan....~